PULAU PINANG

 PULAU PINANG 


Pulau pinang adalah salah satu destinasi tumpuan untuk melancong dan bercuti. Rata-rata mereka yang datang ke Pulau Pinang teruja untuk makan angin dan menikmati pemandangannya, namun terdapat juga segelintir pelancong yang berminat untuk mengetahui tentang sejarah dan adat budaya yang terdapat di Pulau Pinang. Ada beberapa tempat bersejarah di Pulau Pinang yang terkenal dan menarik perhatian ramai.

Sejarah Awal Pulau Pinang berkait rapat dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang dahulu berada di bawah pemerintahan kesultanan Kedah. Pada kurun ke-18 British datang ke Kedah. Kedua-dua pihak berbincang, British ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan Kedah bersetuju untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada British sekiranya mereka memberikan perlindungan kepada Kedah dari ancaman Siam. Namun British menginkari perjanjian itu dan akhirnya Kedah dijajah Siam. Kesan daripada itu British meluaskan taklukannya di negeri Kedah dan menjajah daerah Perai. Sehingga ke hari ini Pulau Pinang terdiri daripada dua kawasan iaitu di Pulau dan di Darat.

Sumber Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Pulau_Pinang


PADANG KOTA LAMA , PULAU PINANG



Padang Kota Lama merupakan satu kawasan di bandaraya George Town. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung. Padang Kota terbahagi kepada dua bahagian iaitu Padang Kota Lama dan Padang Kota Baru. Di sini beberapa acara penting selalu diadakan seperti sambutan hari kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru, dan acara santai yang lain.

Padang Kota menghadap ke arah laut. Dari Padang Kota , pengunjung dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feri Pulau Pinang berselisih membawa penumpang dan kenderaan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pangkalan Raja Tun Uda. Di Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Kota Cornwallis. Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota.

Padang kota menjadi tumpuan pelancong dan penduduk yang inginkan ketenangan dan menikmati makanan popular Pulau Pinang iaitu nasi kandar ,pasembor, cendol dan juga laksa. Kebanyakan pengunjung Padang Kota gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai angin bertiup sambil bersantai. Benteng dibina di tepi laut bagi menghalang hakisan ombak. Walau bagaimanapun, disebabkan keadaan air laut yang tidak dapat dijangka di tebing padang kota, pengunjung tidak berani untuk mandi. Ia boleh menjadi pasang secara tiba-tiba dan berbahaya. Semasa Tsunami 2004, air laut di sini telah melepasi benteng dan menyebabkan air melimpah ke luar. Untuk berkelah, tempat yang sesuai ialah Pantai Moon Light di Batu Feringghi, Tanjung Bungah dan sekitarnya.

Beberapa bangunan terdapat di sekitar Padang Kota ialah Town Hall, City Hall dan Dewan Sri Pinang. Untuk ke padang kota, ia mengambil lebih kurang 20 minit selepas Jambatan Pulau pinang dan mengikut keadaan lalu lintas. Keadaan lalu lintas menuju ke arah Pusat bandaraya Georgetown dan ke Bayan  Lepas sangat sesak pada waktu pagi, tengah hari, petang dan hujung minggu.

Sumber Maklumat ; https://ms.wikipedia.org/wiki/Padang_Kota




RUMAH P RAMLEE 


Rumah P. Ramlee merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee (dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road) di Pulau Pinang, Malaysia. Bangunan ini merupakan rumah kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P. Ramlee, penyanyi, pelakon, penggubah dan juga pengarah.
Asalnya ia dibina pada tahun 1926 oleh bapanya dan bapa saudaranya Rejab Bin Husin, rumah ini telah beberapa kali dibaik pulih sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara sebagai sambungan projek Memorial P. Ramlee di Kuala Lumpur. Barangan yang dipamerkan di sana termasuklah diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupannya di Pulau Pinang, dan juga barangan kepunyaan keluarga beliau.

Sumber Maklumat; https://ms.wikipedia.org/wiki/Rumah_P._Ramlee



FORT CORNWALL , PULAU PINANG

 

Kubu Cornwallis ini dekenali sebagai kubu pertahanan yang  terletak di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah , Georgetown dan merupakan sebuah kubu lama bersejarah yang telah dibina sekitar tahun 1876 oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris .Kubu Cornwallis dibina oleh Kapten Francis Light .mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 416.6 kaki persegi.Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan British dari serangan  jajahhan Perancis .Dinding kebu ini yang setinggi 10 kaki,dibina dalam bentuk bintang, ia juga dinama kan tanjung yang bermaksud bahagian daratan yang berdekatan laut bebatuan yang keras tadapat di hakis oleh ombak laut .Pada masa kini, kawasan ini hanya tinggal batu luar tetapi di dalam kubu masih terdapat beberapa struktur asal yang dibina lebih seabad yang lalu,termasuk sebuah gereja kecil ,sel-sel penjara ,bilik tahanan,kawasan storan senjata dan peluru,tiang bendera asal dan kira-kira 17 meriam gangsa lama,salah satu daripada meriam Belanda ini bernama Seri Rambai,yang bertarikh 1603. Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), yang dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor sebelum ia berpindah tangan dari satu kerajaan kepada kerajaan lain akibat peperangan.

Sumber Maklumat ; https://en.wikipedia.org/wiki/Fort_Cornwallis




MUZIUM PERANG , PULAU PINANG

 

Muzium Perang,Pulau Pinang kawasan muzium yang terletak di lereng bukit di Batu Maung adalah bekas kubu pertahanan tentera British ketika menakluki Tanah Melayu dengan mempunyai pemandangan laut seluas 320 darjah dan dibina pada tahun 1930, kubu itu siap sepenuhnya sembilan tahun kemudian dengan menggunakan tenaga banduan yang dihukum mati dari negara-negara jajahan takluk pihak British.Pengerahan banduan-banduan akhir digunakan sebagai salah satu cadagan tentera British untuk memastikan pembinaan kubu itu kekal sebagai rahsia. Kubu pertahanan yang  berharga £40 juta pound ketika itu kemudiannya, telah diambil alih oleh tentera Jepun yang diketuai oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita pada 16 Disember 1941, setelah lapan hari tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu dengan menaiki basikal melalui Thailand.Pihak Jepun mengambil alih kubu ini kerana ketika itu British mempunyai dua buah meriam yang dibawa khas dari Arsenal berdiameter 15 inci dengan kepanjangan 40 kaki dan senjata itu boleh ditembak sejauh 36 kilometer.Muzium ini terdapat barang yang bersejarah memiliki pelbagai perkakasan dan barangan bersejarah berkait dengan tentera British semasa Perang Dunia Kedua. 

Sumber Maklumat ; https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Perang_Batu_Maung



JUBILEE CLOCK TOWN , PULAU PINANG



Menara Jam dikenali sebagai Peringatan Victoria atau juga dikenali sebagai Jubilee Clock Tower telah didirikan oleh Cheah Chen Eok dari Pulau Pinang pada tahun 1897. Menara jam ini didirikan sempena memperingati Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria (1837-1897). Tinggi menara ini ialah 60 kaki (18 m), satu kaki untuk setiap tahu pemerintahan baginda. Menara ini telah menjadi condong akibat bom yang dijatuhkan ke Istana Raja Edward semasa Perang Dunia II telah memberi kesan kepada asasnya.


Sumber Maklumat Tempat-Tempat Bersejarah Di Pulau Pinang :
https://ammboi.my/tempat-bersejarah-di-pulau-pinang/


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN TEMPAT BERSEJARAH