KEPENTINGAN TEMPAT BERSEJARAH

KEPENTINGAN TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH

Secara umum pengertian sejarah adalah suatu peristiwa atau kejadian yang telah terjadi pada masa lalu dan dapat diketahui melalui peningalan pada masa ini, definisi sejarah dapat juga di maksud kan sebagai satu cabang ilmu yang melakukan kajian secara sistematik mengenai seluruh perkembagan proses perubahan kehidupan masyarakat yang terjadi masa lalu.
Kita semua dapat mengetahui bahawa kepentingan bangunan bersejarah di Malaysia adalah demi menjaga setiap sejarah dan peninggalan sejarah dahulu kala untuk tatapan dan coretan anak muda pada masa hadapan.Justeru kita juga perlu  mengambil  langkah-langkah pemeliharaan dan pengekalan bangunan bersejarah ini supaya warisan dahulu kala ini dapat dikunjungi oleh golongan muda kini dan juga pada masa akan datang.Cacatan ini juga dapat dikongsikan dan dihuraikan kepada anda mengenai kepentingan dan fungsi bangunan bersejarah di Malaysia yang telah memberikan manfaat kepada kita semua. Selain itu, ianya juga dapat dikongsikan maklumat dan memberi sedikit ilmu pengetahuan berkenaan dengan bangunan bersejarah di Malaysia.

Dalam meniti zaman yang serba moden dan berteknologi canggih ini, remaja dan belia muda pada masa kini terlalu sibuk dengan dunia it sehingga tidak menyedari bahawa malaysia mempunyai bangunan bersejarah tanpa mengetahui sejarah-sejarah yang ada di malaysia . Ini merupakan peninggalan berharga zaman dahulu kala. Bangunan bersejarah ini mempunyai nilai kesenian dan nilai budaya yang tersendiri jika anda melihat dengan teliti pada bangunan-bangunan tersebut.Bak kata pepetah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Bangunan bersejarah ini juga dapat merakamkan sejarah penting negara dan menceritakan identiti sebuah negara. Oleh yang demikian, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah sangatlah penting di negara kita. Persoalan yang bermain di minda sekarang, apakah kepentingan bangunan bersejarah di negara kita?


Antara kepentingan yang boleh diperoleh adalah sejarah negara dapat dipelajari dan didalami oleh kita semua. Melalui langkah seperti ini,golongan muda dapat melihat sendiri kesan peninggalan sejarah ini, secara tidak langsung fakta sejarah dapat didalami. Generasi muda akan lebih berminat dalam mendalami  sejarah negara ini. Selain itu, cara pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan adalah dengan mengadakan lawatan ke tempat bersejarah. Sebagai contoh, lawatan ke bangunan Bukit bendera (Pulau pinang) dan A’Famosa(melaka) boleh diadakan oleh setiap Persatuan Sejarah di sekolah supaya dapat mengingatkan dan mengimbau kembali nostalgia sejarah di Tanah Melayu. Jadi, secara langsung, kita dapat pengajaran supaya peristiwa hitam yang berlaku di negara kita tidak akan diulangi lagi. Biar putih tulang, jangan putih mata.

Seterusnya, bangunan bersejarah ini mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung kerana nilai ekonominya. Ini berikutan kerana tempat-tempat bangunan bersejarah dan peninggalannya sudah pasti akan menjadi tarikan tumpuan para pelancong luar dan dalam negara. Melalui langkah ini, industri pelancongan akan semakin berkembang dan seterusnya meningkatkan pengaliran wang asing masuk ke dalam negara. Ekonomi negara juga akan semakin meningkat naik dan pasaran global dapat kita tembusi. sebagai contoh, Stesen Kereta Api di Kuala Lumpur dan Kubu Cornwallis di Pulau Pinang. Bangunan-bangunan bersejarah seperti inilah dapat menarik tumpuan pelancong untuk melihat sendiri keunikan dan keindahan bangunan tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan pepatah Melayu yang ada mengatakan di mana ada gula, di situlah ada semut. Oleh itu, kita sebagai genarasi muda hendaklah berasa bangga dengan bangunan lama bersejarah di negara kita dan usahlah kita hanya memandang sebelah mata terhadap peninggalan bangunan ini.

https://mypt3.com/kepentingan-fungsi-bangunan-bersejarah

Comments