MELAKA
Melaka
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.
Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit
Sumber Maklumat Melaka : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka
KOTA A FAMOSA, MELAKA
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Sumber Maklumat ; https://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA
Muzium Istana Kesultanan Melaka – Merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke 15. Senibina bangunan istana ini memang sangat unik dan di dalamnya menempatkan beberapa galeri tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Sesuai untuk membawa anak-anak yang masih bersekolah rendah atau menengah untuk lebih mendekati sejarah negeri Melaka dengan lebih efektif.terletak di atas Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina Istana Melayu di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.
Sumber Maklumat ;.https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melaka
Gereja St John – Gereja lama ini dibina pada tahun 1521 oleh tentera Portugis sebagai tempat ibadah. Lokasinya terletak di atas Bukit St John bersebelahan dengan Kota A Famosa. Binaan bangunan yang hampir 500 tahun usianya ini masih kekal sehingga kini walaupun melalui beberapa fasa peperangan. Pelancong juga boleh melihat pemandangan menarik Bandar Hilir Melaka dari puncak bukit di sini. Sebelum penjajahan Portugis, bukit ini dikenali dengan nama Bukit Melaka dan menjadi tempat Sultan Melaka memerhati keadaan pelabuhan di muara Sungai Melaka
KOTA BELANDA MELAKA
Melaka Belanda (1641-1824) adalah tempoh terpanjang Melaka dibawah kekuasaan asing. Belanda menguasai Melaka selama 183 tahun. Kekuasaan Belanda menunjukan tanda berkurangnya kepentingan Melaka di wilayah tersebut. Belanda lebih memilih Batavia (kini Jakarta) sebagai pusat ekonomi dan pentadbiran di wilayah tersebut dan mereka menguasai Melaka untuk menghalang kota tersebut dikuasai oleh negara Eropah lainnya
BAGUNAN STADHUYS MELAKA
Stadthuys ("dewan bandaraya" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Stadthuys terletak dalam tembok kubu Melaka, bertentangan dengan pintu masuk utara ke bandar berkubu, di seberang sungai. Kubu itu sendiri meliputi kawasan yang besar sekitar bukit St. Paul, yang menempatkan pejabat-pejabat dan gudang bagi VOC dan semua kemudahan yang diperlukan oleh koloninya. Dinding kubu tidak lagi wujud pada hari ini disebabkan tindakan British mengarahkan kemusnahannya sewaktu diamanahkan melindungi harta benda Belanda di Asia dari Perancis semasa Perang Napoleon.
Sumber Maklumat Melaka : https://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Stadthuys
Comments
Post a Comment