JOHOR

 JOHOR DARUL TAKZIM

JOHOR DARUL TAKZIM mempunyai kepelbagaian pada sudut etnik, budaya dan bahasa. Negeri ini terkenal dengan tarian tradisional zapin. Ketua negeri ialah Sultan Johor, sedangkan ketua kerajaan ialah Menteri Besar. Sistem kerajaan sangat dimodelkan daripada sistem parlimen Britain, dengan pentadbiran negeri dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran. Sekaligus, Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan seterusnya diikuti oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu ketika itu. Johor juga merupakan hanya negeri di Malaysia yang tidak menggunakan destar sebagai alat pemakaian raja. Sebaliknya sultan menggunakan mahkota,songkok atau topi sebagai alat pemakaianya. Islam ialah agama negara pada Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas. Bahasa Melayu dialek Johor-Riau telah diterima sebagai bahasa rasmi untuk negeri sejak 1914 serta sebagai bahasa baku di seluruh Malaysia sehingga sekarang. Ekonomi adalah berdasarkan kepada perkhidmatan dan pembuatan.

Sumber Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Johor


MUZIUM KOTA TINGGI,JOHOR

Muzium Kota Tinggi, Johor adalah tempat bersejarah di Johor Bahru yang wajib didedahkan kepada anda tambah-tambah lagi pada tahun 2019 ini. Ia telah dibuka sejak tahun 2002 lagi, memang lama kan?  Anda boleh melihat pelbagai barangan yang dipamerkan disini malah boleh mempelajari pelbagai ilmu berkaitan negara kita terutamanya berkaitan pemerintahan Negeri Johor sendiri.
Untuk pengetahuan anda, ada sebab kenapa muzium ini dibina di kawasan Kota Tinggi dan bukan di daerah Johor yang lain. Daerah Kota Tinggi ini merupakan tempat yang menjadi permulaan bagi Johor mendapatkan takhta pemerintahannya yang dulu sehinggalah sekarang, maka semua pameran berkaitan zaman kesultanan Johor Lama diletakkan disini. Muzium 2 tingkat ini turut mempamerkan empat fasa peristiwa dengan bentuk pameran yang boleh anda lihat.

Pasti anda akan teruja melihat barangan peninggalan lama seperti peralatan senjata dahulu kala, barangan muzik, tembikar lama dan banyak lagi peninggalan sejarah zaman dahulu. Semuanya dihimpunkan disini sehingga anda yang melihatnya turut dapat membayangkan bagaimana kehidupan pada zaman dahulu. Lebih-lebih lagi jika anda lihat lukisan kanvas yang dipamerkan disini menunjukkan gambaran kehidupan masa dahulu.


BAGUNAN SULTAN IBRAHIM

Bangunan Sultan Ibrahim yang terletak di Johor Bahru ini merupakan tempat bersejarah di Johor yang wajib didedahkan oleh orang awam. Anda harus tahu bahawa bangunan yang pernah menjadi pusat pemerintahan Johor suatu masa dahulu ini mempunyai seni bina yang amat menarik dan menakjubkan.  Banyak pelancong yang bertandang disini hanya untuk melihat dan bergambar bersama bangunannya yang menggabungkan konsep seni bina kolonial, kesultanan Johor dan juga seni bina Islam.
Konsep seni bina ini telah disiapkan pada 1940 bagi tujuan menyelaraskan semua sistem pentadbiran negeri.  Selain dari konsep seni bina kolonial di luar bangunan ini, Bangunan Sultan Ibrahim juga mempunyai ukiran hasil seni bina Islam dan gaya melayu Johor pada dalaman bangunannya.  Untuk pengetahuan anda, Bangunan Sultan Ibrahim pernah dijadikan sebagai benteng pertahanan ketika Perang Dunia Kedua suatu masa dahulu. Sudah tentulah ia menjadi tempat bersejarah di Johor Bahru 2019 yang wajib didedahkan kepada anda semua..


BAGUNAN SULTAN IBRAHIM

Dataran Penggaram, Batu Pahat ini.  Dataran Penggaram ini penting untuk didedahkan kepada semua masyarakat tempatan dan luaran kerana ia merupakan tempat bersejarah di Johor Bahru yang amat menarik dan tidak membosankan.  Anda boleh datang ke sini setiap kali ada sambutan hari perayaan seperti Hari Kebangsaan, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain lagi. Disini, terdapat Tugu Batu Pahat yang seakan-akan ia dipahat oleh sepasang tangan. Ramai pengunjung gemar mengambil gambar dan melepak disini,untuk pengetahuan anda, Dataran Penggaram yang dikenali sebagai Dataran Batu Pahat ini membolehkan anda beriadah dengan bermain layang-layang, menikmati udara segar, bersiar-siar membeli makanan ringan dan sebagainya lagi. Anda boleh mencuba pelbagai makanan di gerai yang terdapat di sekitar dataran Penggaram ini.


ISTANA BUKIT SERENE

Istana Bukit Serene merupakan Istana Diraja dan kediaman rasmi sultan Johor sejak 1998 ini. Tempat bersejarah 2019 yang wajib didedahkan ini merupakan Istana Bukit Serene di Johor Bahru yang mempunyai pemandangan indah dari atas Bukit Serene.  Anda boleh melihat istana ini dari Danga Bay. Landskap taman yang kehijauan dan tampak eksklusif ini amat cantik dan seringkali menjadi tempat untuk upacara diraja. Suasana dan keindahan tempat ini membuatkan ramai pelancong gemar berkunjung dan bergambar disini biarpun ia tidak dibuka untuk kunjungan orang awam.  Istana Bukit Serene ini mempunyai penjaga yang bertugas untuk melindungi istana iaitu Angkatan Tentera Johor.


MASJID SULTAN ABU BAKAR

Masjjid sultan Abu Bakar, Johor Bahru yang wajib didedahkan ini.  Ia telah dibina mengikut rekaan seni bina Islam Barat yang cukup unik. Terdapat 4 buah menara dalam setiap sisi masjid disini.  Masjid ini memuatkan ramai umat Islam kira-kira 3000 orang dalam satu masa tetapi ia amat selesa kerana ruangnya memang besar, bersih dan luas.
Anda boleh singgah solat dan rehat disini sambil menikmati pemandangan dan seni bina masjid ini. Tahukah anda, Masjid Sultan Abu Bakar ini juga dinamakna bersempena dengan nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim. Pada tahun 1900, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar telah merasmikan masjid ini dan ia juga dijadikan sebagai masjid negeri Johor


sumber rujukan :
:https://ammboi.my/10-tempat-bersejarah-di-johor-bahru-2019-wajib-didedahkan-kepada-anda/

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN TEMPAT BERSEJARAH